Pengenalan Modul Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya 2020
11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini10 Januari 2020, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya dan Giatmara Putrajaya sekali lagi akan bekerjasama dalam menjalankan kelas keusahawanan dan ICT bersama pelajar baru kumpulan 1 2020. Bersempena dengan kerjasama ini satu sesi pengenalan modul yang akan diajar oleh Pusat Internet Putrajaya selama 4 bulan telah diperkenalkan kepada pelajar. Modul yang diperkenalkan merangkumi asas pemahaman usahawan, asas ICT dan juga asas menyunting gambar dan video. Kelas pengenalan modul ini dihadiri oleh 11 pelajar giatmara Putrajaya bersama seorang guru pengiring dan sesi ini berlangsung pada pukul 3.00 pagi sehingga 5.30 petang.
Selain pengenalan modul, antara aktiviti sampingan lain yang turut dijalankan adalah seperti berikut;
1. Pengenalan Pusat Internet Putrajaya
2. Check Your Label
3. Tayangan video Klik Dengan Bijak
4. Taklimat Klik Dengan Bijak – Pengurusan Risiko Dalam Talian
5. Kuiz Pemahanan KDB kahoot
6. Sesi penyampaian hadiah
7. Sesi bergambar Bersama pelajar dan guru Giatmara
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: